Malaysia are alone at WORLD WAR 3
Hakikatnya dunia kita ini telah disediakan ke arah perang besar Akhir Zaman yang juga disebut Armageddon (sila kaji), ada yang memanggilnya sebagai Perang Dunia Ketiga. Ia sebagai perancangan negara haram Israel untuk menjadi negara KUASA DUNIA seterusnya bagi menggantikan USA. Sepertimana USA menggantikan Great Britain sebagai kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua.
Apa yang boleh cetuskan perang besar berskala global? Jawapannya dengan memancing China masuk perang vs USA. Kenapa China? Kerana tahun demi tahun ekonomi dan perdagangan China semakin mengatasi USA sehingga kadar pengangguran dan bankruptcy di USA semakin meningkat. USA perlu cari jalan untuk jatuhkan ekonomi China dengan MENGAWAL LALUAN perdagangan antarabangsa.
Setakat ini 3 tembusan laluan laut perdagangan antarabangsa wujud di dunia ini, 2 daripadanya iaitu Terusan Panama dan Terusan Suez telah berada dalam genggaman USA kecuali Selat Melaka. Selat Melaka separuh darinya berada dalam kawasan perairan Malaysia, sebuah negara Islam yang tiada pangkalan tentera USA. Pihak USA pernah minta dibina pangkalan tentera lautnya di Lumut, tetapi ditolak waktu era pemerintahan Mahathir lagi.
PM kita Najib pula meneruskan legasi ayahnya dahulu yang lebih cenderung pro China. Kita perlu ingat Tun Razak, ayah kepada Najib inilah PM kita pertama yang membina hubungan diplomatik dengan China untuk menyeimbangkan pengaruh kuasa besar ke atas Asia Tenggara, sila rujuk sejarah balik. Jadi pentadbiran Najib selama ini memang rapat dengan China, tetapi dalam masa yang sama terpaksa mengekalkan hubungan baik dengan USA, sekadar mengekalkan hubungan baik saja.
Atas sebab itu media-media antarabangsa milik USA yang berlilit-kait dengan Yahudi-Zionist berterusan mengkritik kepimpinan kerajaan Malaysia sejak zaman Mahathir. Termasuklah media Israel bernama The Jerusalem Post yang angkat Anwar sebagai pemimpin Malaysia seterusnya. Ini fakta. Bukan UMNO yang buat cerita ini. Sila kaji sendiri dengan adil. Jadi USA menggunakan proksi-proksinya di Asia Tenggara termasuk melalui Anwar, parti politik (PKR-DAP) dan NGO-NGO seperti BERSIH, SUARAM dan MERDEKA CENTER untuk menyemai propaganda DEMOKRASI BEBAS, Liberalisme, Pluralisme dan Anarkisme untuk memusuhi segenap sistem kenegaraan kita yang berlilit-kait dengan kerajaan sedia ada.
Agenda golongan tersebut di Malaysia adalah sebahagian daripada rancangan global jangka panjang yang kita faham sebagai NEW WORLD ORDER (NWO), atau dalam Islam kita panggil sebagai Era Pemerintahan Dajjal (Mata Satu). Antara matlamat terakhir golongan tersebut di Malaysia ialah dengan meruntuhkan institusi Raja-Raja Melayu yang menaungi kemajuan dan perkembangan agama Islam di negara majmuk ini. Perlembagaan Negara yang sedia ada sudah dirancang akan diubah oleh Melayu-Melayu Liberal dalam PKR bersama para kafir harbi dalam DAP.
Para pejuang ikhlas Melayu-Islam yang berada di dalam PAS, UMNO dan NGO-NGO pro perjuangan Melayu-Islam akan diburu seperti anjing dan akan dikaitkan dengan keganasan yang perlu dihapuskan. Malaysia akan diolah untuk menjadi negara DEMOKRASI BEBAS seperti di Indonesia. Kuasa ekonomi Melayu-Islam-Bumiputera seperti Petronas, DRB-HICOM (Proton), Sime Darby, dan lain-lain akan diliberalisasikan supaya pemilikan saham majoritinya dapat dimiliki oleh pihak luar. Usaha tersebut sedang berlaku sekarang kerana kerajaan pusat kita telah dilemahkan dalam 2 PRU setakat ini.
Negara China tahu hal ini sedang berlaku di Malaysia, kerana itu negara China menekan Korea Selatan, negara proksi USA yang berdekatan dengan China melalui ugutan ketenteraan oleh sahabat China iaitu Korea Utara, agar USA mengalihkan tumpuannya ke arah isu di semenanjung Korea. Tetapi taktik China ini kurang berjaya kerana USA ada Jepun sebagai proksinya di sana untuk membantu Korea Selatan andainya diserang oleh Korea Utara. Maka sekarang Malaysia keseorangan dalam menghadapi asakkan proksi-proksi USA di rantau ini. Atas kesedaran itu juga kini HAMAS, yang berdekad-dekad menentang Zionist telah menjalin hubungan ukhwah dengan UMNO, kerana musuh kita ada sama iaitu USA-ZIONIST.
Peperangan USA dengan China itu telah direka oleh Zionist selama berdekad-dekad agar kedua-dua negara hancur dengan perang nuklear. Dan setelah kehancuran itu terjadi, negara Israel, yang terselamat kerana sistem pertahanan canggih dan terkininya itu, akan bangkit sebagai KUASA BESAR DUNIA TERBARU melalui cengkaman sistem kewangan antarabangsanya menggunakan teknologi WANG ELEKTRONIK (CASHLESS MONEY) seperti kad kredit. Ini ialah sistem ekonomi zalim yang bertujuan mengawal SOSIO-EKONOMI manusia-manusia selain Zionist di muka bumi pasca perang besar tersebut. Hal ini ada disentuh oleh ulama terkenal yang pakar pengajian Akhir Zaman iaitu Sheikh Imran Nazar Hosein.
No comments:
Post a Comment